Pejamcelikpejamcelik
Rupa-rupanya lagi dua minggu je cuti sebelum sekolah dan ini bermakna tahun 2011 akan berakhir. Apa yang korang rasa? Excited nak jumpa kawan-kawan balik? Gembira? Ataupun rasa sedih? Bagi aku mestilah rasa sedih. Sebab ini bermakna, aku kena persiapkan otak aku untuk bertembung dengan buku-buku yang berlambak. Urgghh !
Bukan tu saja, tahun 2011 jugak akan meninggalkan aku banyak kenangan manis yang terkandung di dalamnye.. :'(
Bagi aku, 2011 adalah tahun yang mempunyai banyak kenangan manis. Susah senang, kawan-kawan aku selalu berada di sisiku.
Farhana, Mirahanani, Hanina, Radhiah, Putri, Annisa, Nuridah
Semasa aku bersedih, diaorang lah yang suka buat lawak kat aku dan aku pun tersenyum kembali. Di saat aku kesepian, diaorang lah yang selalu buat aku gembira selalu. Perangai diaorang yang gila-gila tu sentiasa menyinari hidupku. Bila aku kat sekolah dengan diaorang, aku tak pernah berasa bosan. Sama sekali tidak. Sebab diaorang suka buat lawak bodoh. Terutama Radhiah :D
Semasa aku masih sekolah di SMK Danau Kota, aku berasa seperti setiap hari aku nak duduk kat sekolah. Sentiasa nak bersama dengan diaorang. Hahahah. Tapi nk buat macam mana kan. Ayah aku kerja askar dan terpaksa pindah ikut dia sekali.. Hmm... :'(
Jyea, aku rindu sangat saat-saat itu. Kalau doraemon bagi aku pinjam poket dia, aku nak merasai kembali semua kenangan-kenangan tu. Tapi apakan daya, doraemon tu hanyalah kartun dan aku tak boleh minta kat dia :(


