21 Apr 2012

Budak rajin konon

Hello ! What's up peeps ? :)

Hari nie aku nak bukak cerita baru mengenai rutin harian aku sepanjang hari ini. Macam yang semua orang tahu , hari nie adalah hari sabtu. K memang semua orang tahu lah kan ? *soalan bengong lah cik clara -.-" * Hari sabtu adalah cuti umum kan ? Tapi tadi , aku pergi sekolah sebab ada sekolah ganti. K pasal sekolah ganti. Punya lah 'rajin' aku nak pergii. RAJIN sangattt ! -.-

Masa mula-2 aku tau yang hari sabtu (hari nie) ada sekolah ganti , aku ada niat jahat. Muehehehehe :3 *sila jangan ikut perangai saya yang jahat ini* Aku pikir nak kelentong. Taknak bagitahu mama pasal sekolah ganti tu. Tapi tup tup tengok-2 adik aku pun ada sekolah ganti jugak. Atoyaiii ! Gagal rancangan nakal aku tuu >.<

Nak tahu tak ? Pagi tadi aku hampir-2 lambat pergi sekolah sebab terlupa nak set alarm -.-"
Pak bantal pun semakin menjadi-jadi dodoi aku supaya aku tidur lena. Biasanya , bila time sekolah aku selalu terjaga 5-10 minit sebelum alarm. Tapi pagi tadi tak terjaga langsung. Makin syok dibuai mimpi adalah xD
Then nasib baik lah mama terjaga then dia kejutkan suruh bangun. Aku pun apa lagii. Menggelabah lah bersiap cepat-2 sebab masa tu lagi 30 minit sebelum masa aku kena tunggu trak (feri sekolah) . Tahu kan apa itu 'feri sekolah' ? Kalau yang ada kawan anak askar tu mungkin tahu lah kan ?

Lepas siap-2 tu semua , ambek breakfast , lepas tu mama cakap 'hari nie tak payah naik trak. nanti ayah balik dia tolongkan hantarkan pergi sekolah'
Aku pun macam , 'ayah hantarkan ? laaa, kenapa tak bagitahu awal-2 tadi ? kalau tahu ayah hantarkan , lebih baik sambung tidur balik kejap' -.-"

Oleh kerana ayah yang hantarkan , aku sampai awal kat sekolah. Lepas tu perhimpunan harian pun bermula then cikgu agih-2 kan kelas. Dan yang beruntungnya , kelas aku tak payah kongsi dengan kelas orang lain. Weeeeeeee ~ ^^ Tapi tadi masa kat sekolah langsung tak belajar. Kecuali Kh dan Math. Masa Math pun cikgu suruh buat latihan je. Kalau lah aku tau tak belajar , memang aku takkan datang punya hari nie. Tapi disebabkan hari nie ada Kh dan kitaorang kena buat elektronik , jadi terpaksa lah kena datang :(


Btw , hari nie adalah hari yang
MEMENATKANNNNN ! 





Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

13 Apr 2012

No title .

Aku tak tahu nak letak title apa --"
Serious, apa yang aku rasa sekarang adalah tertekan. 
ULANG SUARA : TERTEKAN !
Makin lama makin banyak tekanan yang aku terima :(

1. Tekanan di sekolah
Makin lama makin banyak kerja sekolah yang cikgu bagi. Ditambahkan lagi kerja-2 kursus yang harus disiapkan sebelum bulan Julai. Aku tak salah kan cikgu-2 yang bagi kerja sekolah tu. Aku pun tahu yang diaorang buat semua nie sebab nak tengok kitaorang menangis kegembiraan bila dah dapat keputusan PMR. Heishhh.. Susah jugak kan kalau jadi 'candidate' nie *pengsan kejap*

2. Tekanan semasa belajar
Aku tak paham kenapa semenjak-menjak nie aku tak dapat nak tumpukan perhatian semasa dalam kelas. Apa yang cikgu ajar semuanya tak dapat masuk dalam otak  
*ada tembok ke dalam kepala aku nie sampaikan semuanya tu tak boleh nak masuk dalam otak *
Lagi-2 bila waktu Mathematic *mengeluh kejap*
Cikguuuu ~ Saya tak boleh nak ingat semua formula tuuuuuuu :'(

3. Tekanan perasaan 
Sejak kebelakangan nie, mood aku dah berubah secara drastik. Kalau dulu, aku rasa happy je. Tapi sekarang, apa yang aku rasa adalah sedih-sedih-sedih dan sedih. Dan sekali lagi sedih. Sekali lagi sedih
okey stop !
Aku rasa macam dalam hidup aku sekarang nie dah takde sinaran kegembiraan. Asyik-2 termenung-monyok-termenung-monyok-termenung-monyok. Kenapa eh aku dah jadi macam nie ? Aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Nak salahkan si dia ? Aku bukannya nak tuduh si dia. Tapi aku rasa mood aku nie ada kaitan kot dengan dia (?) Heishhh ! Makin lama makin tak paham lah aku dengan dia. Dulu suruh aku lupakan dia. Tapi dia pulak yang buat aku susah nak lupakan dia :(

Korang ada tak petua nak hilangkan tekanan ? Kalau ada share sikit bole ? Selama nie aku lepaskan tekanan dengan menangis. Bila difikir-fikirkan balik , rasa macam tak berbaloi je aku menangis sebab tekanan tu masih tak hilang-hilang lagi. Sape-2 yang ada petua tu share sikit ehh :')


Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

8 Apr 2012

Mood agak 'goyah'

Hari nie mood aku agak lain daripada sebelum nie. 
Kenapa macam nie ehh ?
Aku rasa macam hati nie dah berkecai :/
Aku rasa macam terpukul :(

Apa yang berlaku nie ? :(
Dah dua hari aku tak jumpa dia. Adakah aku rindu dia ?
JAP ! AKU RINDU DIA ? AKU RINDU DIAAA ?!
Tak mungkinnnnn ~ Erghhh ! Kenapa pulak aku nak rindu dia ? 
Err, tolong lah clara ! Kata nak lupakan dia =="
 
Adakah perasaan ini disebabkan si dia akan menyakiti hati aku ? Adakah ini tanda-2 awal ?
Urmm ~ *flashback kejap*

Sebelum nie aku pun pernah ada feeling rasa tak sedap hati. Dan keesokan harinya, ada sesuatu yang buruk/menyakitkan hati/dan seumpama dengannya berlaku.

Tidakkkkkkkkkkkkk ~
Kalau macam nie, taknak lah pergi sekolah. Taknak-3 !
Sebab selalunya, aku akan rasa sakit hati setiap hari isnin. Arghhhh !



Janganlah buat saya macam nie ! :'/

Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

6 Apr 2012

Kenapa boleh macam nie :(

Menurut pakar psikologi :- 'Apabila seseorang itu masuk ke dalam mimpi kita, itu bermakna dia merindui kita' .

Mesti ada yang dah tahu pasal kenyataan tu kan ? K hari nie aku nak cakap pasal mimpi aku. Sejak kebelakangan nie, haro yang berturut-2 orang yang sama masuk ke dalam mimpi aku. Tapi kenapa pulak tetibe aku boleh mimpi pasal dia ? Dia rindu aku ? Seriously lah aku akan cakap TAK ! Dah jelas-2 dia macam benci aku :'/
Benci ke ? Err, entahlah. Perangai dia tu suka berubah-ubah. Kadang-2 aku rasa dia tu buat aku makin tak boleh lupakan dia. Kadang-2 pulak, dia sakitkan hati aku dan buat aku makin benci dengan dia. Arghh ! Malas lah nak cakap. Pening kepala aku nak pikir semua tu. 
Kalau bukan disebabkan rindu dia boleh masuk dalam mimpi aku, habis tu disebabkan apa pulak ? 
Aku ingat pasal dia sebelum aku tidur ? Errr. Tiap malam sebelum aku tidur aku akan ingat kawan-2 aku yang duduk jauh dari aku. Lagi berbaloi kan geng ?;D
Ada sekali aku mimpi kisah yang sangat tragik pasal dia. Kereta yang ayah dia pandu terbabas dan mak dengan ayah dia tersepit. Erkk ~ Malas aku nak cite panjang-2. Menyeramkan doee :/
Tapi ada satu mimpi tu pulak, benda yang pelik dia lakukan. Sebenarnye takde lah pelik kot kalau bagi korang. Tapi bagi aku pelik sebab dalam mimpi tu dia asyik usha-2 aku. 
Dalam mimpi tu, dia tengah training softball dengan cikgu yang pernah mengajar dalam kelas aku. Dan masa tu pun masih sempat nak usha aku. Pelik. Dalam realiti pun kekadang dia ada usha aku. Tapi kenapa dalam mimpi pun benda yang sama jugak yang berlaku ? Kalau boleh, aku tak nak pandang muka dia yang comel tu sebab kalau dah pandang muka dia sekali, mesti rasa nak pandang dia lagi sekali.
 Erghh ! Kalau macam nie lah yang terjadi setiap hari, habis tu macam mana aku nak lupakan dia ? 


Aku dah tak nak lukakan hati nie. 
Aku rasa dia pun mungkin suka kalau aku dah lupakan dia. Malah LEBIH SUKA ! Mesti dia gembira !

wahh, suka awak ye. gembira di atas kesedihan orang lain. takpelah, saya akan cuba lupakan awak walaupun saya tahu ianya akan menyakitkan hati saya :')
 



Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

Copyright by Clara a.k.a Tasha :)