4 Jun 2012

Kenapa harus sekarang ?

Waaaa ~ Mlm nie tak tenang aku dibuatnye. Manakan tidak, lagi beberapa hari je nak skolah, muka aku nak mengelupas. YES ! MENGELUPAS ! Aku tau nie pun sebelum nak cuci muka tadi. Err. Dah mcm nenek tua dah muka aku -,-" Grrr ! Kenapa baru sekarang baru nak mengelupas ?! Kenapa tak semalam ?!! Arghh ! Sempat ke tak masa yg aku perlukan utk mengatasi mslh nie sebelum naik sekolah ? Ya tuhan.. Aku runsing giler-2 skrg nie sbb sebelum nie tak penah kena lagi. Anyway, ada tak sape-2 yg tau mcm mana nak mengatasi mslh nie ?
Share-2 kat Cbox ea :') SAYANGGG KORANGGGG !
Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

3 Jun 2012

Awesome day !

Hai korang !
Nak dengar cite tak ? Ha. Kalau nak , meh sini cepat-2 . Ambek lah lolipop ke apa ke sekali. Sambil baca , sambil makan. Hahah xD

Nak tau apa yang 'awesome' ? Haa ~ Meh dengar sini aku nak bercerita ;D
Semalam kitaorang satu family pegi pantai woooooo ! Heheh, jakun jap sebab dah lama tak pegi pantai. Destinasi kitaorang kat Pantai Teluk Gorek, Mersing. Not bad lah tempat tu. Pantai dia pun bersih je. Sedap mata memandang lah bak kata orang. Heheh. Time kitaorang pegi semalam , tak banyak pun orang yang pegi sana. So , rasa puas giler lah sebab dapat kawasan yang luas nak mandi-manda kan ? Heheh ~

Kitaorang sampai kat sana pukul 11.15 tgh hari cam tu. Dah sampai , kitaorang terus makan sebab lapar. Hahahah xD dalam pukul 12 tgh hari cam tu lah , kitaorang pun mandi. First-2 aku tak nak join sebab takde mood  * tau lah kan. mood aku sedih je sepanjang minggu lepas sebab budak tu *  Lepas tu bila tengok mak, ayah dan kedua-dua orang adik perempuan aku mandi macam best je , aku pun join sekali. Adik laki aku yang kecik tak mandi. Dia main-2 pasir je. Sebenarnye dia tu takut -.-

Masa kitaorang mandi , air pantai tu nak kata dalam sangat tak , nak kata cetek pun tak. So , aku pun makin jauh mandi. Tapi masih tetap jugak tak dalam. Bukannye apa , bila cetek rasa macam tak puas nak mandi xD

Bila dah cari tempat yang 'sesuai' untuk berendam , then aku pun 'bertapa' kat situ. Hahah xD takde lah. Bukannya bertapa , tapi aku nak buang kesedihan aku tu , ke dalam laut. Mesti korang terpikir macam mana aku buatkan ? Hahah. Senang je. Macam aku , aku main pasir dalam air tu , pastu membebel sambil mengingati segala perkara yang dia buat sampai buat aku sakit hati. Kalau ikut cara aku tu , kesedihan korang akan pergi jauh ke dalam laut tu. Macam aku sekarang, aku dah happy ! :D

Apasal pulak aku masuk kan jiwang-2 nieh ? Hahah. Oke , jom sambung balik ;D  
Kitaorang adik-beradik berendam dalam air tu dekat 3jam lah jugak. Mak dengan ayah dah tak nak join sebab diaorang nak berehat pulak. Lepas tu, tiba-2 pulak air pantai tu surut. Aku pun makin ke belakang lah cari tempat yan air dia dalam sikit. Hahah. Bila air dah surut tu, adik aku yang laki tu pulak mula join kitaorang yang lain. Haishhh... Apa lah kau nie. Dah terlambat tu kot xP

Korang nak tau tak ? Semalam kitaorang jumpa sesuatu ~ Cuba teka cuba teka ;D
Hah ? Tak tahu apa dia ? Nah lah. Tengok gambar tu 


Comel kan starfish tu , walaupun dia kecil ;D
Actually , adik aku yang kedua ade terjumpa yang besar punye. Cantik . Tapi entah kenapa , mungkin dia terkejut lepas tu dia terbuang starfish tu ke dalam air. Then aku nak cari , tapi tak jumpa ;( Hampehhhh ~

Dekat pukul 3 ptg semalam , kitaorang pun bersiap-siap then balik rumah. Bila sampai rumah , mandi terus sebab kat rambut ada banyak pasir. Adik punya pasal lah. Main baling-2 pasir ke rambut -.-
Sampai rumah , sumpah aku cakap penat gilerrr. Tangan dengan muka pun dah merah-2 sebab terbakar. 3jam berendam dalam air kan ? Haishhh... Terpaksa lah aku beli losyen untuk disapukan kat bahagian yang terbakar tu.

Oke lah kawan-2. Cukup sampai sini. Actually sampai sekarang penat tu tak habis lagi ;( tangan pun dah rasa sakit bila angkat. Bye-2 ! :)



Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

31 May 2012

Say Hi to June

Sebelum clara nak mulakan entry pada hari ini , clara nak ucapkan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK kepada yang menyambutnya macam clara jugak ^^ macam mana perayaan korang kali nie ? Mesti meriah kan ? Kalau balik kampung , memang lah meriah kan ? Dapat berjumpa cousin-2 semua tu. Untunglahhh sape yang balik tu. Kitaorang ? Kitaorang tak balik kampung kali nie. So perayaan kali nie sangat tak meriah :[
Shooo Shaddddd riteeee ?? :'/

Hey ! Tau tak hari nie hari apa ? Yeee. Memang betul hari nie hari jumaat. Tapi perasan tak , sekarang kita sedang berada di awal bulan june ! Yeaa ! Bulan june ! Say hello to june ! :DD
Hikhokhikhokkk.. Pejam celik pejam celik rupa-2 nya sekarang kita berada di pertengahan tahun 2012. Macam sekejap je masa nie berlalu kan ? Bila diingat-ingatkan balik peristiwa-2 yang lalu, macam tak percaya je cepat sungguh masa berlalu. Daripada sedih menjadi gembira , daripada ketawa menjadi menangis. Apa aku merepek nie ? -.- Hahahah xD



dear june , please be nice to me. kalau boleh , saya nak 'awak' berikan kenangan yang sangat manis. tolonglah jangan biarkan saya mengalir air mata lagi seperti sebelum-2 ini. sentiasalah ukirkan senyuman di wajah ini :'D

Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

Tiada guna bersedih ~

Hyee korang ! Tadi check dashboard. Lepas tu baca semua entry-2 yg baru. Semuanye tulis pasal holiday. Ada yang kata boring , dan ada jugak yang kata best ? Korang punya macam mana ? Share-2 lah sikit. Hehehe. Aku punye holiday ? Owhh ! Aku punye teramat 'best' . Tempat percutian yang ditaja oleh mak dan ayah aku sendiri.
Kat rumah lerrr ~  Sebenarnye teramat bosannnnn ! >.<

K. Berbalik kepada title kat atas tu. Aku saja je nak buat entry yang sedih-2 hari nie x'P
Entah kenapa , aku rasa sedih bila tengok komen orang tu kepada 'kawan' aku. Errr.. 'kawan' ke ehh ? Kawan lah tu kot walaupun tak rapat , tapi dia ada tegur aku. So boleh dikatakan kawan lah tu kan ? Sebenarnye aku dah tau lama dah yang orang tu suka akan 'kawan' tu. Masa aku tau tu , aku buat dunno je sebab time tu aku rasa macam aku dah bencikan dia. Tapi , kenapa pulak tiba-2 bila aku dah nampak komen tu , aku rasa hati aku dah berkecai. Aku rasa macam . . . . macam . . . .  .
Erghhhh ! Sukar lah nak digambarkan !! >.<

Hahahah.. Emo sikit kan entry kali nie ? x'P 
Oke lah. Cukup lah pendek nie je. Kang aku tulis panjang-2 pulak nanti korang rasa jemu xD 
Bye-2 !  ^^

Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

28 May 2012

Nak cutiiiiii !!

Hoolaa !
Selamat bercutiiii kawan-2 ! Rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku ucap tu :)
Aku tau mesti ramai yang suka cuti sebab boleh lupakan sekejap buku-2 dan dapat lepaskan stress selepas exam. Tapi bagi aku , cuti ke tak cuti ke kena jugak menghadap buku, Aiseyhhhh ~ Mama , perlu ke nak menghadap buku lagi ? Orang nak lepaskan stress nie. Dahlah baru lepas habis menghadapi exam yang super-duper susah tuu @.@ Gahhhh ~ Susah nye lah kalau jadi mangsa PMR nie. Nampak nye minggu depan aku kena dah start 'sekolah' dan korang masih lagi bercuti  >_<

BENCI - BENCI - BENCI !! ;(

Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

25 May 2012

Apabila exam sudah selesai

Tanggal 25 Mei tepat pada pukul 12.15 tengah hari , laungan kemerdekaan 
telah dilaungkan di dalam benak hati clara !


Horeeeeeeee !!
Akhirnya peperangan antara otak dan kertas-2 soalan yang berlaku selama 6 hari itu , kini sudah pun selesai ! * kesian otak aku nie *  Tapi sebenarnye tak lega sepenuh nye pun. Di sebalik perasaan lega tu , terselit jugak perasaan takut nak taHu keseluruhan markah nye >.< Apa yang boleh aku simpulkan mengenai exam kali nie * ceh macam eksperimen pulak ada kesimpulan xP *  semua soalan-2 exam kali nie SUPER-DUPER susah !! ='= 
Rasa nak menangis pun ada bila tengok soalan-2 dia =3=

Macam exam-2 yang sebelum nie , kesilapan yang sama jugak aku buat. Nak tau apa dia ? Kesilapan yang selalu aku buat -> BULATKAN JAWAPAN. LEPASTU BILA SEMAK BALIK SEMUA SOALAN , RASA RAGU-2 KAT SOALAN TU DAN BULATKAN JAWAPAN YANG LAIN. DAN BILA DAH DAPAT KEPUTUSAN , RUPA-RUPANYA JAWAPAN YANG AKU PADAM TU ADALAH JAWAPAN YANG BETUL. 
Kesilapan nie selalu membuat jarak antara aku untuk mendapatkan gred 'A' -.- Jealous lah tuu ! Manakan tidak bengang nye. Bila aku tau paper Geografi aku dapat 78 % , balik rumah je terus menonggeng , tergolek-golek kat atas katil. Lagi-2 bila aku dah dapat paper Math.

' Soalan yang senang kekadang boleh menyebabkan kita cuai ' - Rupanya betul lah apa yang cikgu Math kat sekolah lama aku tu cakap. Dalam paper Math kertas 2 , banyak gilerrr soalan yang aku cuai. Rasa macam nak menangis pun ada bila tengok kecuaian-2 tu >.<  Harapan aku nak dapat gred 'A' sebab paper Math tu senang , kini telah hancur berkeping-keping :'(
Dan disebabkan aku dapat paper Math tu semalam , mood aku habis rosak dan aku tak dapat nak fokus masa jawab paper Sains kertas 2  * sorry cikgu zamri . mesti banyak yang saya jawab salah :( * 

Lepas nie dah malas dah nak menaruh harapan lagi. Bila harapan tu dah hancur , macam nie lah jadi nye nanti. Rasa bengang tak pasal-2 =.=



M-E-N-Y-E-S-A-L !!



Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

Short post for tonight

Hello blogger ! :)

Eh-2 jap. Jangan keluar dulu. Anda sememangnya sedang bertapak diblog kepunyaan clara ^^ Heheh ~ Jangan pulak sampai terkejut berok sebab ada beberapa perubahan yang berlaku dalam blog nie. Salahkan si ibu jari dengan anak-anak dia nie sebab diaorang yg suruh clara mengedit blog. Edit sekadar yg mampu je. Btw , rindu gilerr-gilerrr dekat blog nie. Dah berhabuk dah nie hah. Maklumlah dah hampir sebulan lebih clara tak sentuh blog sebab nak fokus kat pelajaran. Ada sape-2 yg boleh tolong pinjamkan penyapu bulu ayam tak ? Nak beli kat kedai , kedai dah tutup pulokkss.Hewhewhew ~ xD

K lah . Good nite ! :D
* niat di hati nak menaip panjang-2 lagi . nak story mory dengan korang . tapi masa tak mengizinkan . mata pun dah nak terlelap*

BYEBYEEE  ^^






Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

21 Apr 2012

Budak rajin konon

Hello ! What's up peeps ? :)

Hari nie aku nak bukak cerita baru mengenai rutin harian aku sepanjang hari ini. Macam yang semua orang tahu , hari nie adalah hari sabtu. K memang semua orang tahu lah kan ? *soalan bengong lah cik clara -.-" * Hari sabtu adalah cuti umum kan ? Tapi tadi , aku pergi sekolah sebab ada sekolah ganti. K pasal sekolah ganti. Punya lah 'rajin' aku nak pergii. RAJIN sangattt ! -.-

Masa mula-2 aku tau yang hari sabtu (hari nie) ada sekolah ganti , aku ada niat jahat. Muehehehehe :3 *sila jangan ikut perangai saya yang jahat ini* Aku pikir nak kelentong. Taknak bagitahu mama pasal sekolah ganti tu. Tapi tup tup tengok-2 adik aku pun ada sekolah ganti jugak. Atoyaiii ! Gagal rancangan nakal aku tuu >.<

Nak tahu tak ? Pagi tadi aku hampir-2 lambat pergi sekolah sebab terlupa nak set alarm -.-"
Pak bantal pun semakin menjadi-jadi dodoi aku supaya aku tidur lena. Biasanya , bila time sekolah aku selalu terjaga 5-10 minit sebelum alarm. Tapi pagi tadi tak terjaga langsung. Makin syok dibuai mimpi adalah xD
Then nasib baik lah mama terjaga then dia kejutkan suruh bangun. Aku pun apa lagii. Menggelabah lah bersiap cepat-2 sebab masa tu lagi 30 minit sebelum masa aku kena tunggu trak (feri sekolah) . Tahu kan apa itu 'feri sekolah' ? Kalau yang ada kawan anak askar tu mungkin tahu lah kan ?

Lepas siap-2 tu semua , ambek breakfast , lepas tu mama cakap 'hari nie tak payah naik trak. nanti ayah balik dia tolongkan hantarkan pergi sekolah'
Aku pun macam , 'ayah hantarkan ? laaa, kenapa tak bagitahu awal-2 tadi ? kalau tahu ayah hantarkan , lebih baik sambung tidur balik kejap' -.-"

Oleh kerana ayah yang hantarkan , aku sampai awal kat sekolah. Lepas tu perhimpunan harian pun bermula then cikgu agih-2 kan kelas. Dan yang beruntungnya , kelas aku tak payah kongsi dengan kelas orang lain. Weeeeeeee ~ ^^ Tapi tadi masa kat sekolah langsung tak belajar. Kecuali Kh dan Math. Masa Math pun cikgu suruh buat latihan je. Kalau lah aku tau tak belajar , memang aku takkan datang punya hari nie. Tapi disebabkan hari nie ada Kh dan kitaorang kena buat elektronik , jadi terpaksa lah kena datang :(


Btw , hari nie adalah hari yang
MEMENATKANNNNN ! 





Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

13 Apr 2012

No title .

Aku tak tahu nak letak title apa --"
Serious, apa yang aku rasa sekarang adalah tertekan. 
ULANG SUARA : TERTEKAN !
Makin lama makin banyak tekanan yang aku terima :(

1. Tekanan di sekolah
Makin lama makin banyak kerja sekolah yang cikgu bagi. Ditambahkan lagi kerja-2 kursus yang harus disiapkan sebelum bulan Julai. Aku tak salah kan cikgu-2 yang bagi kerja sekolah tu. Aku pun tahu yang diaorang buat semua nie sebab nak tengok kitaorang menangis kegembiraan bila dah dapat keputusan PMR. Heishhh.. Susah jugak kan kalau jadi 'candidate' nie *pengsan kejap*

2. Tekanan semasa belajar
Aku tak paham kenapa semenjak-menjak nie aku tak dapat nak tumpukan perhatian semasa dalam kelas. Apa yang cikgu ajar semuanya tak dapat masuk dalam otak  
*ada tembok ke dalam kepala aku nie sampaikan semuanya tu tak boleh nak masuk dalam otak *
Lagi-2 bila waktu Mathematic *mengeluh kejap*
Cikguuuu ~ Saya tak boleh nak ingat semua formula tuuuuuuu :'(

3. Tekanan perasaan 
Sejak kebelakangan nie, mood aku dah berubah secara drastik. Kalau dulu, aku rasa happy je. Tapi sekarang, apa yang aku rasa adalah sedih-sedih-sedih dan sedih. Dan sekali lagi sedih. Sekali lagi sedih
okey stop !
Aku rasa macam dalam hidup aku sekarang nie dah takde sinaran kegembiraan. Asyik-2 termenung-monyok-termenung-monyok-termenung-monyok. Kenapa eh aku dah jadi macam nie ? Aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Nak salahkan si dia ? Aku bukannya nak tuduh si dia. Tapi aku rasa mood aku nie ada kaitan kot dengan dia (?) Heishhh ! Makin lama makin tak paham lah aku dengan dia. Dulu suruh aku lupakan dia. Tapi dia pulak yang buat aku susah nak lupakan dia :(

Korang ada tak petua nak hilangkan tekanan ? Kalau ada share sikit bole ? Selama nie aku lepaskan tekanan dengan menangis. Bila difikir-fikirkan balik , rasa macam tak berbaloi je aku menangis sebab tekanan tu masih tak hilang-hilang lagi. Sape-2 yang ada petua tu share sikit ehh :')


Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

8 Apr 2012

Mood agak 'goyah'

Hari nie mood aku agak lain daripada sebelum nie. 
Kenapa macam nie ehh ?
Aku rasa macam hati nie dah berkecai :/
Aku rasa macam terpukul :(

Apa yang berlaku nie ? :(
Dah dua hari aku tak jumpa dia. Adakah aku rindu dia ?
JAP ! AKU RINDU DIA ? AKU RINDU DIAAA ?!
Tak mungkinnnnn ~ Erghhh ! Kenapa pulak aku nak rindu dia ? 
Err, tolong lah clara ! Kata nak lupakan dia =="
 
Adakah perasaan ini disebabkan si dia akan menyakiti hati aku ? Adakah ini tanda-2 awal ?
Urmm ~ *flashback kejap*

Sebelum nie aku pun pernah ada feeling rasa tak sedap hati. Dan keesokan harinya, ada sesuatu yang buruk/menyakitkan hati/dan seumpama dengannya berlaku.

Tidakkkkkkkkkkkkk ~
Kalau macam nie, taknak lah pergi sekolah. Taknak-3 !
Sebab selalunya, aku akan rasa sakit hati setiap hari isnin. Arghhhh !



Janganlah buat saya macam nie ! :'/

Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

6 Apr 2012

Kenapa boleh macam nie :(

Menurut pakar psikologi :- 'Apabila seseorang itu masuk ke dalam mimpi kita, itu bermakna dia merindui kita' .

Mesti ada yang dah tahu pasal kenyataan tu kan ? K hari nie aku nak cakap pasal mimpi aku. Sejak kebelakangan nie, haro yang berturut-2 orang yang sama masuk ke dalam mimpi aku. Tapi kenapa pulak tetibe aku boleh mimpi pasal dia ? Dia rindu aku ? Seriously lah aku akan cakap TAK ! Dah jelas-2 dia macam benci aku :'/
Benci ke ? Err, entahlah. Perangai dia tu suka berubah-ubah. Kadang-2 aku rasa dia tu buat aku makin tak boleh lupakan dia. Kadang-2 pulak, dia sakitkan hati aku dan buat aku makin benci dengan dia. Arghh ! Malas lah nak cakap. Pening kepala aku nak pikir semua tu. 
Kalau bukan disebabkan rindu dia boleh masuk dalam mimpi aku, habis tu disebabkan apa pulak ? 
Aku ingat pasal dia sebelum aku tidur ? Errr. Tiap malam sebelum aku tidur aku akan ingat kawan-2 aku yang duduk jauh dari aku. Lagi berbaloi kan geng ?;D
Ada sekali aku mimpi kisah yang sangat tragik pasal dia. Kereta yang ayah dia pandu terbabas dan mak dengan ayah dia tersepit. Erkk ~ Malas aku nak cite panjang-2. Menyeramkan doee :/
Tapi ada satu mimpi tu pulak, benda yang pelik dia lakukan. Sebenarnye takde lah pelik kot kalau bagi korang. Tapi bagi aku pelik sebab dalam mimpi tu dia asyik usha-2 aku. 
Dalam mimpi tu, dia tengah training softball dengan cikgu yang pernah mengajar dalam kelas aku. Dan masa tu pun masih sempat nak usha aku. Pelik. Dalam realiti pun kekadang dia ada usha aku. Tapi kenapa dalam mimpi pun benda yang sama jugak yang berlaku ? Kalau boleh, aku tak nak pandang muka dia yang comel tu sebab kalau dah pandang muka dia sekali, mesti rasa nak pandang dia lagi sekali.
 Erghh ! Kalau macam nie lah yang terjadi setiap hari, habis tu macam mana aku nak lupakan dia ? 


Aku dah tak nak lukakan hati nie. 
Aku rasa dia pun mungkin suka kalau aku dah lupakan dia. Malah LEBIH SUKA ! Mesti dia gembira !

wahh, suka awak ye. gembira di atas kesedihan orang lain. takpelah, saya akan cuba lupakan awak walaupun saya tahu ianya akan menyakitkan hati saya :')
 



Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

30 Mar 2012

Samsung Galaxy Young :D

Yuuhuuuu ~ ! Heheh xD Hari nie aku gila-2 sikit sbb tadi masa aku dan family tengah borak-2 , tiba-2 mama ungkit psl PMR >< Kecut perut aku dgr perkataan PMR. Peperiksaan PENILAIAN MENENGAH RENDAH :O Walaupun lagi enam bulan, tapi aku rasa masa nie semakin berlalu dgn cepat. Pejamcelikpejamcelik, tengok-2 skrg dah nak dekat masuk bulan 4. Cpt kan masa berlalu ? :( Tadi mama ada ckp, "Klu tasha dpt 7A dlm PMR, mama akan belikan Samsung Galaxy Young" . Aku pun mcm "Yeke mama?" Serious! Tulah phone yg aku nak selama nie! Hehe, nie blh jadi pembakar semangat. Aiyakk!
Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

15 Mar 2012

Errrr '-'

Best sangat lah tuh kan ?! 
Best ?!
Best lah kan kau bukak blog aku ! Errr.. Kau dah takde kerja lain ek ? Bukan ke cikgu kau dah bagi banyak kerja sekolah untuk disiapkan. Apasal lah pulak kau nak bukak blog aku ! Lepas dah bukak tu, baca semua post-2 dalam blog aku. Pastu hebohkan dekat semua member family. Baik sangat lah perangai kau tu kan -,-"
Kalau kau takde keje, bagitau aku. Aku ada banyak senarai keje untuk kau


Bergghhhh... Habis mood aku rosak malam nie disebabkan perangai buruk adik aku tuu

Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

11 Mar 2012

Dipinggirkan (?)

Semenjak dua menjak nie aku rasa macam dipinggirkan. Aku tak nak bagitahu siapa orang tu nanti orang kata kita mengaibkan seseorang pulak. 
Diaorang layan aku macam nak tak nak je. Tu bagi pendapat aku lah. 
Aku sms diaorang pun tak balas. Ada seorang nie, aku sms tapi dia pun macam nak tak nak je sms. Kalau tak nak sms tu cakap je lah. Boleh lah aku simpan topup yang aku isi kan tu semata-mata nak ber-sms dengan kau. Aku ingat lagi, dulu korang ada cakap suruh aku sms korang selalu kan ? Tapi bila aku dah buat semua tu, korang pulak yang macam tak nak layan aku. 
Nampaknya korang dah lupakan apa pesanan aku. Dulu kan aku ada cakap kalau ada pape hal mengenai geng-2 kita, jangan lupa bagitahu aku. Tapi ternyata ? Apa yang berlaku sekarang nie korang tak bagitahu pun enn ? Pasal sorang geng kita tuu. Aku tahu pun dari fb. Kalau aku tak baca post kau tu memang aku tak tahu langsung pun pasal tu kan ?

K FINEEE :'/
Aku sedar aku nie siapa *tanpa disuruh, air mata pun jatuh*
Aku pikir, aku dapat lupakan semua masalah bila aku ber-contact dengan korang. Aku pikir naik cuti nie aku dah dapat lepaskan tension pasal budak tu. Aku pikir cuti seminggu nie aku dapat mengembalikan kegembiraan aku bila dapat ber-contact dengan korang.

TAPI... yang berlaku sekarang disebaliknya.
  
Aku rasa, mungkin kalau aku pergi dari hidup korang lagi bagus kan ? Aku ada dalam hidup korang pun cuma menyusahkan je. Aku betul-2 tak tahan bila korang buat macam nie. Janganlah jadikan jarak sebagai penghalang untuk kita berhubung. Seriously , aku rindu saat-2 tuu ~ :')
Aku ada banyak masalah. Dan sekarang aku betul-2 tension dengan masalah tu. Janganlah pulak korang menambahkan lagi masalah aku dengan meminggirkan aku (!) Aku tak marah. Tapi dari dulu lagi aku dah biasa luahkan perasaan dekat korang. Lepas tu mentang-2 antara kita ada jarak, bila aku nak lepaskan tension korang pulak macam tak peduli kan aku. 


Dahlah. Aku malas nak layan sifat korang yang macam nie :'/

* mungkin dalam beberapa hari nie aku tak reply message korang. aku nak menyendiri buat     
   sementara waktu nie. biarlah aku lepaskan tension sorang-2. nak jadi gila pun jadilah. bukannye 
   ada orang peduli. kan ?
  



Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

9 Mar 2012

Ingin mencari ketenangan

Yeahh ! 
Berakhir sudah sesi 'pemerahan otak' yang dijalankan selama 4 hari di sekolah. Kebanyakan paper aku dapat jawab. Kecuali paper Sejarah dan Mathematic. Ya Tuhan, macam mana lah markah bagi kedua-dua paper tu. Seriously, aku resah dengan markah tu. Lagi-2 paper Sejarah. Aku pakai taram je *dush Bukannye aku tak baca. Aku baca semua bab1-2 sebab cikgu cakap kedua-dua bab tu masuk. Tapi rupa-2 nya, yang masuk dalam paper tu semalam cuma bab1 je. K, aku tak salahkan cikgu. Cuma aku bengang >_< 
Sebab aku lebih tekankan untuk bab2 sebab aku tak paham bab tu. Bab1 tu pulak aku baca, tapi tak menekankan sangat jadi aku pun tak ingat sepenuhnye.. x( 
Bencibencibenci >.<

K, lupakan je lah pasal tu. Kang tak pasal-2 aku frust sambil menonggeng kat katil. 
Minggu depan cuti kan ? Yeappyyyyy ! 
Apa plan korang untuk cuti nie ? Kawan-2 aku semua balik kampung. Bestlah diaorang ;) Kampung dekat boleh balik bila-2 masa je.
 Aku pulak, masa cuti nie duduk kat rumah je. Oklah tu. Lagipun aku nak mencari ketenangan. Ketenangan bagi jiwa aku yang sedang 'serabut' ini. Nie semua pasal seseorang nie. Aku malas lah nak cerita panjang-2. Buat sakit hati je. Yang penting, aku dah cuba untuk lupakan dia sebab dia dah ada *teettt*
Tapi dia yang buat aku makin tak boleh lupakan dia lepas tu.... Dia hina-2 aku, sakitkan hati aku. Aku masih tertanya-tanya. Apa salah aku ? Aku dah berusaha lupakan kau tapi kau yang menyulitkan proses untuk aku lupakan kau (!)

Mungkin dalam masa cuti seminggu nie aku akan terperap kat rumah. Bila petang-2 , aku tak nak lepak kat bawah blok sebab nanti takut jumpa dia. Mungkin terperap kat rumah lagi bagus daripada kita keluar dari rumah kan ? Tapi kalau dapat pergi melancong lagi bagus. Tapi sayangnya, bapa aku sibuk masa cuti nie. Maklumlah, dia jadi pengajar bagi orang yang baru nak jadi askar. Kursus lah kata kan..


Btw, selamat bercuti ! :D 
Semoga korang bergembira masa cuti nie :)




Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

3 Mar 2012

Exam -.-"

Urghhh -,-" 
Balik kepada topik kita hari nie. EXAM 
Lusa, kitaorang ada peperiksan UPK1. Hah ? Apa UPK1 tu ? Bagi sesiapa yang tak tahu apa maksud UPK1 tu, itu adalah singkatan bagi Ujian Pentaksiran Kurikulum 1 
*k, clara memang bengong sikit hari nie -.- sabar sikit dengan perangai dia sebab dia akan merepek untuk post kali nie ;P
Actually, takde lah nervous sangat dengan peperiksaan tu.
*k, ayat tu teramatlah sakai
 Cuma nervous bagi beberapa subjek je. Yes, it's true. Specially subject Geografi, Mathmatics and Sejarah.

Geografi - Aku cuma takut tak dapat score sebab subjek nie maksud semua syllybus *err, betul ke ejaan tu? * Form 1 - Form 2. Banyak tu babe ! >_<

Mathematics - Oh my dear Maths ! Why are you so difficult to solve your problem ? Please don't blank my brain time exam ~

Sejarah - Dear Sejarah ! Please be nice with me because I really want to score you ! Pleaseeee ! >.<"
Semoga peperiksaan kali ini aku dapat score semua subjek :)
Wish me luck because I really-2 need it ! And for those who have exam too, GOOD LUCK yaa ! ;D




Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

5 Feb 2012

Patah hati :'/

Mesti korang tahu kan macam mana perasaan aku sekarang nie. K, sekarang nie air mata masih lagi mengalir *tgh taip pun mengalir jugak*
Hmm, nampaknye segala-galanya kini sudah berakhir ~
Mungkin lepas nie aku akan cuba menjadi seorang yang kuat dan mampu menghadapi semua ini.

*kbaii ! tengah bad mood plus sedih :'/


Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

Copyright by Clara a.k.a Tasha :)