13 Apr 2012

No title .

Aku tak tahu nak letak title apa --"
Serious, apa yang aku rasa sekarang adalah tertekan. 
ULANG SUARA : TERTEKAN !
Makin lama makin banyak tekanan yang aku terima :(

1. Tekanan di sekolah
Makin lama makin banyak kerja sekolah yang cikgu bagi. Ditambahkan lagi kerja-2 kursus yang harus disiapkan sebelum bulan Julai. Aku tak salah kan cikgu-2 yang bagi kerja sekolah tu. Aku pun tahu yang diaorang buat semua nie sebab nak tengok kitaorang menangis kegembiraan bila dah dapat keputusan PMR. Heishhh.. Susah jugak kan kalau jadi 'candidate' nie *pengsan kejap*

2. Tekanan semasa belajar
Aku tak paham kenapa semenjak-menjak nie aku tak dapat nak tumpukan perhatian semasa dalam kelas. Apa yang cikgu ajar semuanya tak dapat masuk dalam otak  
*ada tembok ke dalam kepala aku nie sampaikan semuanya tu tak boleh nak masuk dalam otak *
Lagi-2 bila waktu Mathematic *mengeluh kejap*
Cikguuuu ~ Saya tak boleh nak ingat semua formula tuuuuuuu :'(

3. Tekanan perasaan 
Sejak kebelakangan nie, mood aku dah berubah secara drastik. Kalau dulu, aku rasa happy je. Tapi sekarang, apa yang aku rasa adalah sedih-sedih-sedih dan sedih. Dan sekali lagi sedih. Sekali lagi sedih
okey stop !
Aku rasa macam dalam hidup aku sekarang nie dah takde sinaran kegembiraan. Asyik-2 termenung-monyok-termenung-monyok-termenung-monyok. Kenapa eh aku dah jadi macam nie ? Aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Nak salahkan si dia ? Aku bukannya nak tuduh si dia. Tapi aku rasa mood aku nie ada kaitan kot dengan dia (?) Heishhh ! Makin lama makin tak paham lah aku dengan dia. Dulu suruh aku lupakan dia. Tapi dia pulak yang buat aku susah nak lupakan dia :(

Korang ada tak petua nak hilangkan tekanan ? Kalau ada share sikit bole ? Selama nie aku lepaskan tekanan dengan menangis. Bila difikir-fikirkan balik , rasa macam tak berbaloi je aku menangis sebab tekanan tu masih tak hilang-hilang lagi. Sape-2 yang ada petua tu share sikit ehh :')


Tongkat sakti Pak Selamat , story saya sudah pun tamat :)

Copyright by Clara a.k.a Tasha :)